Tawaran Murah Hotel

Sabtu, November 16, 2019

PILIH PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ YANG BERDAFTAR


KUANTAN - Rakyat di Negeri Pahang khususnya disarankan agar memilih pusat pengajian yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sebelum menghantar anak-anak mereka.
YB Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad turut mengingatkan kepada yang ingin membuka pusat pengajian seumpama itu agar mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang bertanggungjawab.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang itu juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri ada menawarkan pusat-pusat pengajian yang memadai dengan tawaran bantuan melalui Yayasan Pahang serta MUIP bagi mereka yang memerlukan.
"Atau jika disini tidak juga menepati citarasa masyarakat mereka boleh menghantar ke Pusat-Pusat Pengajian swasta, persendirian atau pondok yang berdaftar dibawah MUIP.
"Jangalah pergi ke pusat-pusat pengajian yang tidak menepati syarat serta kriteria ditetapkan," katanya ketika bertemu dengan pihak media hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau menegaskan Kerajaan Negeri juga akan memastikan agar Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyenaraikan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan serta Tahfiz atau Pondok yang mendapat kelulusan Kerajaan Negeri atau dibawah seliaan untuk paparan di lokasi umum bagi memudahkan orang ramai menyemak.
"Kerajaan Negeri juga menyeru agar agensi-agensi Kerajaan dan swasta serta orang ramai sentiasa mendekati warga pondok dan mendampingi mereka.
"Kerana ini munkin membantu kekurangan serta kelemahan bagi menampung suasana dan mengelakan kemurungan seperti yang berlaku baru-baru ini," tambah beliau.

Tiada ulasan: