Metod takwil makna ayat-ayat sifat ulama Asya'irah adalah ahkam pada zaman khalaf mewakili manhaj pemikiran akidah ahlussunnah untuk mentanzihkan Allah SWT daripada penyerupaan makhluk.
Ia tidak berbeza dgn metod salaf yang mentafwid makna ayat-ayat berkenaan kepada kehendak (muraad) Allah dengan kepercayaan mentanzihkan Allah sama ada secara zahir atau batin daripada unsur kemakhlukan. Kerana itu, dalam pengajian akidah ASWJ meanstream (tolak fahaman Hasyawiyyah yg dipegang oleh ahli hadis segelintir Hanabilah [1]), kedua-dua metod tafwid dan takwil diterima sebagai metod ASWJ sepanjang zaman sebelum kemunculan ajaran salafi-wahhabi dalam ayat-ayat sifat yg didakwanya original salaf. Biarkan mereka dgn kepercayaan itu krn situasi yg sama dahulu pernah berlaku sesama ulama ASWJ (ahli hadis Asyairah dgn pengikut literal Hanabilah).
Metod takwil khalaf bukanlah penyimpangan daripada ajaran salaf sehingga menimbulkan bid'ah akidah. Malah ia mentashihkan kecelaruan pemikiran umat Islam awam waktu itu akibat pertembungan pentaqdisan akal (Muktazilah), faham literal teks (musyabbihah), terlajak tanzih (mu'attilah) dan penyerapan fikrah penyerupaan makhluk (agama Yahudi dan Nasrani) dalam wacana ketuhanan.
Pertembungan ideologi2 di atas melunturkan kefahaman murni ayat-ayat sifat seperti generasi salaf dalam kalangan khalaf. Hilangnya saliqah (kemahiran semulajadi) dalam menjiwai bahasa Arab (termasuk al-Quran). Sudah tentu kefahaman penutur asal BA berbeza dgn penutur bukan Arab. Faktor ini bersifat global yg mempengaruhi bidang pengajian Islam secara keseluruhan, yakni bukan ilmu kalam sahaja. Penulisan al-Risalah oleh Imam Syafie juga bertujuan untuk menyelesaikan konflik hukum (ahlil hadis vs ahlil ra'y) tanpa adanya satu prosedur standard menentukan betul salahnya sesuatu ijtihad. Salah satu syarat mujtahid ialah menguasai bahasa Arab. Usaha imam Syafie bukanlah bid'ah tapi tidak lain hanyalah ingin menunjukkan kpd umum kemahiran semulajadi para sahabat dan generasi salaf berijtihad atau seni ijtihad mereka dalam penulisan yg boleh dikaji semua orang.
Kembali kepada unsur tasybih, pemikiran tuhan serupa makhluk dan kerap ditaswirkan bersila atas pelantar adalah iktikad agama dunia termasuk iktikad Judeo-Kristian.
Yahudi dan Nasrani yang dikatakan ahlil kitab itu pun akidah mereka dibentuk Tuhan menyerupai makhluk pada rupa dan perbuatan. Contohnya kisah Tuhan muncul depan Abraham [2], Yaakob bergusti dan mengalahkan Tuhan [3], Tuhan menyesal kerana mencipta manusia [4], Tuhan kelihatan mabuk [5], Tuhan berehat selepas penciptaan alam semesta [6], bahagian belakang Tuhan boleh dilihat, bukan muka [7], Tuhan turun lihat dunia [8], Tuhan menghidu bau [9], Tuhan menciptakan Adam mengikut rupaNya [10] dan Roh Tuhan melayang atas air [11]. Teks-teks ini memang dibaca sebelum zaman Rasulullah SAW. lagi tau!
Bayangkan dahulu, jika golongan ini memeluk Islam atau cuba mendiskusikan soal ketuhanan dgn ulama Islam di Baghdad, apakah metod huraian ayat-ayat sifat dalam QS?. Kalau di Madinah dan Mekah, metod tafwidh memang diterima. Tapi di Baghdad, kota pertembungan tamadun sudah tentu metod takwil Asya'irah paling ahkam utk mendepani cabaran. Jika metod tafwid digunakan, sudah tentu golongan musuh akan cuba memanipulasi makna ayat sifat mengikut kepercayaan kitab mereka.
Ada orang menghujahkan Imam Ahmad menentang takwil. Maybe dia terlupa bahawa aliran Imam Ahmad (yg cenderung pada madrasatul hadis) bukanlah dominan di Baghdad kerana wacana akidah dirujuk pada tokoh Mutakallimin ASWJ Asya'irah Maturidyyah. Dlm bahasa lain, metod Imam Ahmad betul tp ia bukan metod majoriti ulama mutakallimin ASWJ khalaf di Badgdad.
Ia semacam Salafi di Malaysia yang elergik utk taqlid mazhab atau anti Asya'irah tetapi yang dominan di sini ialah bermazhab Syafie dan beraliran Asya'irah. Sembang hebat setera mana pun, pendapat mereka bukannya valid untuk menggambarkan realiti sebenar praktis fiqh dan kefahaman akidah tempatan. Mereka ini ibarat wujud di tempat yg tiada (makaanul adami).
Justeru, ulama ASWJ kalangan Asya'irah telah berjaya mempertahan kesucian Allah SWT daripada penyamaan dgn makhluk melalui takwil ayat-ayat sifat Allah dgn makna yg tidak membawa kepada tasybih dan ta'til.
Menghadapi pertembungan akidah sesat dari luar yg meresap dalam soal ketuhanan, maka sebab itu ulama menyatakan tafwidh salaf adalah aslam manakala takwil khalaf adalah ahkam. Kerana itu akidah umat Islam sentiasa terpelihara.
Saya katakan bahawa kelompok shaz hari ini yg masih menganggap Allah bersemayam atas Arasy, Allah mempunyai tangan, muka dll dengan metod tafwid kaifiyat (???) iaitu tangan dan muka yg "layak" bagi Allah, fikrah mereka ini dikhuatiri akan membuka ruang masuknya idea penyamaan dgn makhluk dalam minda orang awam yg lemah akidahnya. Ia perlu dikawal supaya tidak menjadi manifestasi akidah ASWJ yg selamat. Fikrah seiras Asree Sobri dan Maulana tah apa tu maybe sesuai dihidupkan di Saudi yg 100% Islam. Berhijrahlah ke sana, sini tidak sesuai untuk hampa!
Nota Kaki
------------------------------------
[1] Puak Salafiyyah akan mendakwa bahawa tuduhan Hasyawiyyah itu dilempar pada semua ASWJ, bukan segelintir ulama hadis mazhab Hanbali. Kononnya itu tuduhan Muktazilah. Mereka akan nukilkan kata-kata Ibn Taimiyyah dalam hal ini. Bab twist statement asal ulama, memang mereka pakar.
------------------------------------
[1] Puak Salafiyyah akan mendakwa bahawa tuduhan Hasyawiyyah itu dilempar pada semua ASWJ, bukan segelintir ulama hadis mazhab Hanbali. Kononnya itu tuduhan Muktazilah. Mereka akan nukilkan kata-kata Ibn Taimiyyah dalam hal ini. Bab twist statement asal ulama, memang mereka pakar.
[2]"Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik" (Kejadian, Fasal 18, ayat 1).
[3] Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki bergulat dengan dia sampai fajar menyingsing.
Ketika orang itu melihat, bahwa ia tidak dapat mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub, sehingga sendi pangkal paha itu terpelecok, ketika ia bergulat dengan orang itu.
Lalu kata orang itu: "Biarkanlah aku pergi, karena fajar telah menyingsing." Sahut Yakub: "Aku tidak akan membiarkan engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku." (Kejadian, Fasal 32, ayat 24-26)
[4] maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya (Kejadian, fasal 6, ayat 6).
[5] Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan (Kejadian, fasal 8. ayat 21).
[6] Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Ia berhenti bekerja untuk beristirahat." (Keluaran, fasal 31, ayat 17).
[7] Kemudian Aku akan menarik tangan-Ku dan engkau akan melihat belakang-Ku, tetapi wajah-Ku tidak akan kelihatan." (Keluaran, fasal 33, asal 23).
[8] Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu (Kejaduan, fasal 11, ayat 5)
[9] Ketika TUHAN mencium persembahan yang harum itu, berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya: "Aku takkan mengutuk bumi ini lagi karena manusia, sekalipun yang ditimbulkan hatinya adalah jahat dari sejak kecilnya, dan Aku takkan membinasakan lagi segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan. (Kejadian, fasal 8, ayat 21.
[10] "Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."
"Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka" (Kejadian, Fasal 1, ayat 26-27).
[11] Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air. (Kejadian, Fasal 1, ayat 2).
--------------------------------
--------------------------------
Dr HK al-Syafi'i al-Asy'ari al-Azhari
16/11/2019
16/11/2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan