Tawaran Murah Hotel

Isnin, April 20, 2009

SIAPAKAH MUHAMMAD AL-AMIN AL-SYANQITI ?

SIAPAKAH MUHAMMAD AL-AMIN AL-SYANQITI ?
Posted on Friday, April 17, 2009 by Al-Haqir Mahfuz Muhammad Al-Khalil

Beliau adalah :
Beliau adalah lahir di Mauretania dan kemudia beliau berhijrah ke Madinah al-Munawwarah dan belajar di Masjid tersebut.Beliau berjaya diakhirnya sebagai guru di Masjid Nabi dan juga menjawat pelbagai jawatan seperti guru di Maahad al-Ilmi di Riyad , anggota Majlis kehakiman tinggi di Riyadh, pensyarah di Universiti Islam Madinah , anggota pengasas al-Rabitah al-Alam al-Islami , anggota tertinggi syura ulama Saudi dan lain-lain lagi.
Beliau juga pernah mendidik tokoh aliran tegar Wahhabi seperti Abd Azizi Bin Bazz , Saleh Uthaimin , Hamad al-Ansari dan lain.lain lagi.
Beliau seorang yang kagum dengan penulisan Ibnu Taimiyyah dan juga Muhammad Abd Wahhab
Beliau mati di Makkah dan salat janazah diimamkan oleh Abd Aziz bin Bazz.
Kalau begitu perjalanan sirah(sejarah) hidupnya ternyata jelas beliau adalah diantara tokoh pemuka Wahhabi yang bukan sahaja beliau beraliran sedemikian bahkan juga berjaya melahirkan tokoh-tokoh Wahhabi tegar di dunia.
Awas tuan-tuan semua pada hari ini terlalu banyak buku-buku di pasaran yang mendatang bencana aqidah dan syari’at , begitu juga terlalu banyak penerbit buku-buku yang bertentangan dengan aqidah dan syari’at yang diamalkan di negara ini khasnya dan amnya di seluruh dunia.
Juga tuan-tuan harus jangan tertipu dengan pelbagai pangkat seperti Doktor falsafah atau Prof yang kadang-kadang mereka itu adalah pembawa aqidah yang songsang.
Selamat kan diri tuan-tuan dan juga ahli keluarga dari fitnah akhir zaman yang diumpamakan seperti debu-debu berterbangan.Belajarlah ilmu dari guru-guru yang benar yang telah dipastikan terlebih dahulu kebenarannya serta jauhilah dari guru-guru yang kelihatan membawa percanggahan dengan kefahaman yang disepakai ramai.

Tiada ulasan: